I’M SORRY

“…..sedangkan Nabi pun ampunkan umat…”

Selalu dengar ayat tu? Aku tak nafikan, ada baiknya bermaaf-maafan sesama manusia. Tapi semua harus sedar, kemaafan itu punya harga. Bukan sekadar dengan ucapan “I’m sorry” “maafkan saya”  dan sebagainya. Tetapi bagaimana menghargai kemaafan yang diberi setelah kita melakukan kekhilafan.

Kemaafan itu pada dasarnya dapat memperbaiki dan memulihkan keadaan. Kata orang, dapat menjernihkan keadaan yang keruh. Ia bagus, kerana dapat mengelakkan persengkataan yang berlarutan entah sampai bila.

Tapi bagi manusia yang perangainya buaya, kemaafan adalah tiket menunjukkan perangai serupa setan yang boleh diulang sehingga entah kai keberapa. Hari ini menipu, esok minta maaf, lusa menipu lagi! Dan ia berulang saban hari. Lantas, layakkah mereka ini mengungkap kata maaf? Dah jadi ‘sorry seems to be the cheapest word’.

Aku manusia biasa yang punya pelbagai rasa yang tersimpan di dada. Aku egois yang punya kerasnya hati dek kerana binatangnya sikap segelintir manusia. Kemaafan bagiku hanya sekali. Dan untuk kali yang seterusnya, aku takkan meletakkan harga yang tinggi.

Kerana kemaafan itu takkan kujual beli.

“Sometimes, giving someone a second chance is like giving them an extra bullet for their gun because they missed you the first time” -unknown.

I’M SORRY

Leave a comment